Followers

Tuesday, September 28, 2010

Sinar Zamdurrani

SINAR ZAMDURRANI ditubuhkan dengan hasrat untuk sama-sama membantu memartabatkan perjuangan syiar Islam. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti Kursus/Bengkel/Seminar keagamaan dapatlah berkongsi segala ilmu dengan harapan agar bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran Islam. Semoga kewujudan Sinar Zamdurrani akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan bersama menunjangi perjuangan Syiar Islam.


Sinar Zamdurrani menganjurkan aktiviti keagamaan seperti kelas Bahasa Arab, Kelas Pengajian Al-Quran dan khususnya dalam Seminar Perubatan Islam, Bengkel Perubatan Islam & Cara Rawatan juga Rawatan Perubatan Islam. Disamping itu, Sinar Zamdurrani mengeluarkan serta menjual produk CD keagamaan, buku dan produk kesihatan.


Pihak Sinar Zamdurrani mengalu-alukan jemputan ceramah bagi setiap pembentangan tajuk dalam perubatan Islam (Menangani gangguan sihir/Ilmu Hitam) di setiap organisasi / institut / Perbadanan juga aktiviti masjid dan surau. Bagi mempermudahkan urusan, sila hubungi pihak kami.


Jika anda berminat untuk menyertai Seminar / Bengkel anjuran SINAR ZAMDURRANI atau jemputan untuk mengadakan ceramah, bolehlah menghubungi kami.

ATAU BOLEH HUBUNGI KAMI.

Pejabat Urusan/Klinik Rwtn (Setiap Hari Jumaat)-Hubungi 017-6499818/017-3223365

SINAR ZAMDURRANI (001719718-T)
No. 27-2-1, Jalan 20B/146
Desa Tasik Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur

Cawangan Subang Jaya (rwtn Setiap Hari Sabtu)-017-6499818/017-3223365

SINAR ZAMDURRANI No.69B, Jalan USJ 21/11, UEP Subang Jaya, Selangor D.E

No. H/P : Helmy Nizam (017-6955909/017-6499818) / Us.Ghani 019-5483099
E-mail : zamdurrani@yahoo.com | zamdurrani@dumei.com

0 comments: